Wednesday 11 May 2011

TUJUAN, VISI & MISI KAMPUNG DESA WARISAN, SANDAKAN

TUJUAN
Antara tujuan pembukaan kampung baru seperti Kampung Desa Warisan ini ialah:
  1. Menempatkan semula keluarga yang tidak mempunyai tanah dan tempat tinggal.
  2. Memberi peluang kepada keluarga peribumi dan yang bertaraf anak negeri untuk mendapat tempat dan tanah bagi tujuan bercucuk tanam.
  3. Menyusun semula masyarakat dari segi Agama, Sosial dan Budaya serta Ekonomi.
VISI
Menjadikan Kampung Desa Warisan Kampung contoh, pengeluar produk pertanian mangga terbesar di Sandakan dan masyarakat yang berdaya saing menjelang Tahun 2015.

MISI
1.       Memastikan semua penghuni peneroka kampung mendirikan rumah di atas lot-lot tanah kampung   dalam tempoh 3 bulan menjelang tahun 2011.

2.       Memastikan tanah telah  dibersihkan  dan ditanam dengan pelbagai tanaman mengikut
kesesuaian tanah.
3.    Memastikan semua  peneroka adalah pribumi atau anak negeri.
4.     Memastikan Ketua Kampung telah diistiharkan pengesahannya sebagai Ketua Kampung.
5.     Memastikan Pengerusi JKKK telah dilantik dan diiktiraf oleh kerajaan negeri.
6.     Memastikan cawangan Kampung telah ditubuhkan (Cawangan UMNO).
7.     Memastikan beberapa kemudahan asas seperti jalanraya berturap, elektrik dan paip air telah dapat  dinikmati oleh penduduk kampung.
8.     Memastikan pembangunan fizikal seperti sekolah KEMAS, Surau, Mini Dewan, Taman Rekreasi, Padang permainan, Gelanggang permainan dan lain-lain kemudahan dapat diwujudkan.
9.     Memastikan semua penduduk kampung bersatu padu, tolong menolong dan mematuhi konsep Rukun Negara.

No comments:

Post a Comment