Latar Belakang Kampung

Latar Belakang Kampung Desa Warisan


Kampung ini terletak 27 kilometer dari  Pusat Bandar. Ianya terletak di antara Kg. Sungai Tiram sebagai laluan, Labuk Bay di Timur, Sungai Tenduk menjadi laluan sungai utama kepada nelayan kampung inidan Kampung  Semawang di Selatan. Kampung  ini diterokaisepenuhnya pada tahun 2005. Tanaman Utama ialah Tanaman mangga kacukan yang diberi nama‘ CUKANAN ‘ kacukan mangga air tempatan dan mangga siam. Keluasan  tanaman mangga yang di usahakan setakat  ini  berkeluasan 33 ekar. Ianya hasil daripadakerjasama Jabatan  Pertanian Sandakan yang dimulakan penanamannya pada tahun 2004. Tanaman lain yang boleh diusahakan sebagai tanaman jangka pendek ialah tembikai, nenas, serai dan halia.