Sejarah Penubuhan

            Sejarah Penubuhan Kampung Desa Warisan


Kampung ini pada asalnya dipohon untuk tanah pertanian dimana bilangan peserta yang terlibat seramai 51 orang keluarga yang ketuai oleh Pn.Rubinah Nasri sebagai ketua pemohon. Segala urusan bagi permohonan  dijalankan oleh  Allahyarham En.Mursidi bin Alang. Bilangan ekar pada keseluruhannya  ialah 150 hektar. Pada tahun 1990 Allahyarham En.Mursidi menukar status tanah tersebut kepada status tanah perkampungan seperti yang tercatat dalam pelan lokasi iaitu “ TANAH SIMPANAN PERUMAHAN ANAK NEGERI ” dengan Encik Mursidi Alang sebagai ketua. Setiap penduduk akan mendapat agihan keluasan tanah seluas 2 ekar kecuali peneroka  asal yang mendapat 3.5 ekar hingga 6 ekar. Mengikut catatan bilangan penduduk yang memohon untuk menjadi pemastautin di kampung ini ialah 120 orang keluarga. Sebagai ketua penduduk, Allahyarham telah berusaha mewujudkan beberapa kemudahan pertanian dan prasarana lain seperti nama kampung, jalan Raya dan kemudahan untuk penduduk bermesyuarat.
          Pada tahun 2007, EncikMursidi Bin Alang sebagai pengasas kampung yang diberi nama “KAMPUNG DESA WARISAN“ telah meninggal dunia akibat penyakit kronik. Tempat Allahyarham digantikan oleh anak beliau Encik Junaidi Bin Mursidi sebagai ketua bagi penduduk kampung Desa Warisan ini.
          Penduduk Kampung sebulat suara memberi mandat dan kepercayaan kepada Encik Junaidi bin Mursidi untuk mentadbir, mengurus dan merancang apa juga perkara seperti Urusan Keluarga dan Adat, Pembangunan prasarana fizikal, pertanian, politik dan sosial, keagamaan serta kebudayaan.
          Penduduk kampung juga bersetuju untuk maksud pengganti ketua ianya tidakakan dibuat selagi kedua-dua beradik ini masih hidup dengan cara system penggiliran kerana menghormati dan  mengenangkan  jasa-jasa allahyarham Encik Mursidi.
          Penduduk  Kampung  mencadangkan agar Jentera Pentadbiran  Kampung dibentuk  segera agar pengurusan  pentadbiran  dapat  dibuat  dengan teratur  dan  lancar. Jentera Pentadbiran yang dicadang  Ahli Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Kampung, JKKK dan Cawangan.
          Walau bagaimanapun semua keputusan hendaklah dibawa dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Kampung. Keputusan Ahli Jawatankuasa adalah muktamad.